Friday, 24 July 2015

First time



         First time aku rasa perasaan berdebar ketika kita berjumpa. Nak dikatakan ini pertama kali kita berjumpa, rasanya tak sebab aku dan kau berkawan sejak kecil lagi dan selalu berjumpa.
.Kalau kau tanya bila aku mula sukakan kau, aku tak ade jawapannya sebab aku pun tak tahu bila aku terjatuh cintaan dengan kau.

          Kau nak tahu sesuatu tak, aku masih ingat lagi sampai sekarang waktu kau mengusik aku dengan merecun pada waktu nak pergi solat taraweh. Yang paling tak boleh blah waktu kau baling merecun dekat jalan semata-mata nak berhentikan aku dari terus melangkah sebab aku tak layan kau dan pekara yang buat aku gelak sampai sekarang bila merecun yang kau baling tu tak meletup-letup sebab dah masuk angin dan boleh lagi kau belik-belik merecun tu kan.... hahaha..

           Tapikan aku pelik dengan kau tahu tak? Kenape waktu aku duduk dekat tangga masjid yang nak pergi tempat solat perempuan tukan, kau tenung aku lain macam dan kenape kau tiba-tiba lari bila aku senyum dekat kau?  Hemmm kau buat aku tertanya-tanya tahu tak.

            Dan kau ingat lagi tak waktu kau suruh kawan kau baling batu dekat tingkap bilik aku semata-mata nak no aku dan kawan-kawan kau siap merayu-rayu supaya aku bagi no. Tapi kesudahannya aku langsung tak bagi no aku sebab aku dengan kau bukannya rapat mane pon. Tapi kau tak berhenti takat situ je, kau guna fon kawan kau untuk kacau aku dengan hantar gambar love dan yang paling lawak bila kau hantar mesej berbunyi "Hai nama aku toyol". Dan kau mula berhenti mesej atau telefon aku bila waktu tu kau telefon aku dan ayah aku yang angkat call, sejak tu kau tak berani mesej dan call aku lagi.

           

             Sampai sini sajelah aku tulis kisah kita dan selebihnya biarlah tersimpan dihati dan ingatan aku. Aku rindukan kau walaupon kau dah jumpa orang yang lebih baik dan sesuai dengan diri kau. Dan aku berharap sampai sini sajelah cerita kita berakhir dan aku berharap kita tak akan berjumpa lagi selepas ini. Aku doakan semoga kau bahagia...