Friday, 7 August 2015

Myself

Happy Birthday to me...Yehhhh...hahaha aku tak tahu nak tulis ape sebenarnya. Hemmm aku masih sakit lagi didalam ni tapi aku kenalah teruskan hidup. Takkan lah aku nak bunuh diri sebab aku ade masaalahkan. Hidup ni kena diteruskan walaupun sukar, tapi sayang tak ade siapa nak hargai aku.

Well, aku yakin suatu hari nanti pasti ade yang hargai diri aku. Aku yakin masa tu akan tiba juga suatu hari nanti sama ada cepat atau lambat. Dan terima kasih kepada 'N' sebab wish birthday aku, kau orang pertama tahu tak. hehehe.

Hemmm mata aku masih bengkak lagi sebab semalam punya cerita (habis sepet mata aku). Hehehe  aku rasalah kan aku dah nak gila sebab aku tak tahu nak buat ape dalam bilik ni. Tapi satu benda yang paling aku suke buat iaitu dengar lagu "Open My Eyes" dari Maher Zain. Dan satu lagi aku suka baca manga sebab watak lelaki dia handsome2 (huhuhu).

Hemmm kalau orang tanya pada aku, ape yang aku ade sampai aku nak teruskan hidup aku walaupun kawan2 dan keluarag aku tinggalkan aku dan tak hiraukan perasaan aku. Satu je aku boleh cakap 'Allah sentiasa disisi hamba2-Nya walau ape jua keadaan kita'. Aku pujuk hati aku dengan kata2 tu, kata2 itu lah yang membuat aku bersemangat untukberdiri dan mengharungi ape jua keadaan. Ye aku memang seorang perempuan yang lemah tapi aku kuat kerana Allah dan malaikat sentiasa disisi aku.

Aku tahu aku tak nampak Allah dan malaikat, tapi Aku yakin Dia sentiasa disisi aku dan hanya Dia yang mampu merawat segala kelukaan aku. Aku bukan siapa2 bagi manusia tapi bagi Allah aku adalah makhluk yang dia cipta dan memberi peluang untuk mengenali siapa Dia.

No comments:

Post a Comment